http://bloglearningspace.blogspot.com/2011/10/sudut-matematik.html

Thursday, 17 November 2011

Mikro pengajaran

Mata Pelajaran   : Pendidikan Seni Visual
Tahun            : 4
Tajuk : Cara membuat lipatan penguin

Wednesday, 9 November 2011

Aktiviti menghasilkan origami penguin

   Pada hari Jumaat yang lalu, dalam waktu Pendidikan Seni Visual, saya telah mengajar murid tahun 4 membuat origami penguin.Sepanjang aktiviti ini diadakan, murid-murid dapat menggunakan kertas warna membuat penguin yang berwarna-warni.
   Selepas itu,mereka menjalankan aktiviti secara kumpulan. Mereka membuat lakaran pada sugar paper dengan pensel. Seterusnya, mereka menggunakkan kertas warna membentuk pelbagai jenis bentuk seperti gunung, pokok dan lain-lain secara kreatif sendiri. Gambar di bawah, mereka menggunakkan sugar paper sebagai latar belakang. Imej diperolehi mereka menggunakkan teknik gunting dan gam.Dalam masa itu, murid-murid menjalankan aktiviti dengan senorok.
  
Aktiviti sedang dijalankan





Hasil Kerja Murid













Cara Membuat Origami Penguin


Cara Membuat Origami Penguin

Bahan-bahan yang diperlukan:
kerta warna, gunting dan gam

Langkah 1: Lipat kertas warna secara diagonal sehingga membentuk segitiga

Langkah 2: Lipat sudut kanan ke kiri seperti gambar di bawah

Langkah 3: Seterusnya, lipat sudut kiri ke kanan

Langkah 4: Lipat hujung bawah ke atas

Langkah 5: Lipat hujung atas ke belakang

Langkah 6: Lipat bahagian kanan ke kiri seperti gambar di bawah

Langkah 7: Tarik bahagian kepala ke arah depan

Langkah 8: Ambil kertas warna putih dan hitam, guntingkan bentuk bulat dan tampal di atas permukaan penguin

Penguin yang comel sudah jadi