http://bloglearningspace.blogspot.com/2011/10/sudut-matematik.html

Saturday, 10 December 2011

KISAH DAN TELADAN

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

     Anuar seorang budak kampung. Setelah dewasa, dia pergi ke bandar untuk mencari pekerjaan. Anuar akhirnya berjaya mendapat pekerjaan yang baik di bandar dan menjadi kaya-raya.

     Anuar berkahwin dengan anak majikannya. Dia lupa kepada ibunya yang sudah tua. Ibu Anuar sangat rindu akan anaknya.

     Pada suatu hari, ibu Anuar datang ke bandar untuk mencari anaknya. Dengan takdir Tuhan, ibu Anuar dapat mencari rumah anaknya. Ibu Anuar berasa sangat gembira kerana anaknya sudah berjaya.

     Ibu Anuar tidak menyangka yang anaknya tidak mengaku yang dia ibunya. Anuar telah menghalau ibunya. Dengan rasa sediah dan kecewa, ibu tua itu pulang ke kampungnya semula.


1. Apakah latar belakang Anuar?
   A  Berasal dari bandar                       B  Anak orang kaya
   C  Berasal dari kampung                   D  Anak angkat ibunya

2. Mengapakah Anuar pergi ke bandar?
   A  Untuk mencari pekerjaan                   
   B  Untuk melanjutkan pelajaran
   C  Untuk berkahwin dengan anak orang kaya    
   D  Untuk mencari ibunya di bandar.

3. Apakah yang menyebabkan Anuar lupa akan ibunya?
   A  Setelah mendapat pekerjaan                
   B  Setelah berjaya dalam hidupnya
   C  Setelah berkahwin dengan anak majikannya  
   D  Setelah menjadi kaya-raya

4. Apakah yang dilakukan oleh Anuar terhadap ibunya?
   A  Menjemput ibunya masuk ke dalam rumah.
   B  Menghantar ibunya pulang ke kampung semula.
   C  Menangis dan memeluk erat ibunya.
   D  Berpura-pura tidak kenal dan menghalau ibunya.

5. Pada pendapat kamu, bagaimanakah sikap Anuar terhadap ibunya?
   A  Bertanggungjawab terhadap ibunya.
   B  Menghormati dan sentiasa mengambil berat orang tuanya.
   C  Mengenang jasa orang tuanya.
   D  Tidak mengenang jasa orang tuanya.



         #################################################

JAWAPAN:
1. C    2. A     3. C     4. D      5. D

No comments:

Post a Comment